Saturday, March 12, 2011

Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas

                                              Laporan Perkhemahan Unit Beruniform
                                         Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas

 12 mac 2011, Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas, SMKKB, telah berlangsungnya aktiviti perkhemahan unit beruniform sekolah buat kali pertama pada tahun 2011. Aktiviti ini yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang telah berjalan dengan lancarnya dari awal hingga akhir dengan disertai oleh 6 unit sekolah antaranya Pergerakan Pengakap, Kadet Remaja Sekolah ,Kadet Polis ,Kadet Bomba ,Persatuan Bulan Sabit Merah dan Puteri Islam di mana setiap dari unit ini diminta untuk menurunkan 20 orang peserta bersama guru penasihat mereka ke perkhemahan ini.
 Jam 8.00, semua peserta dikehendaki mendaftarkan diri di kaunter yang disediakan. Selesai pendaftaran, semua peserta diarah untuk berkumpul mengikut unit uniform didataran perhimpunan SMKKB. Taklimat diberikan oleh guru mengenai etika dan peraturan serta pembahagian aktiviti sebelum memulakan aktiviti perkhemahan ini. Pada sesi pagi, terdapat dua aktiviti yang akan berjalan serentak iaitu aktiviti Iktiar Hidup dan kawad. Selesai pembahagian aktiviti, setiap unit mula mengambil tempat dan melakukan aktiviti masing-masing.
 Pada aktiviti Iktiar Hidup peserta didalam unit uniform diberi taklimat mengenai menu masakan yang akan  dimasak nanti. Dalam taklimat ini, cara-cara untuk melakukannya dan bahan seperti ubi kentang, telur dan tepung turut diberi. Selesai taklimat, setiap unit membahagikan tugas dengan ada yang menyediakan bahan masakan manakala selebihnya ke padang untuk menyalakan api. Pelbagai aksi dan ragam peserta yang dapat dilihat pada kedua-dua aktiviti ini. Sementara itu, Aktiviti kawad turut melakukan persediaan dengan mengatur barisan dan menyeragamkan kedudukan peserta yang dikelolakan oleh ketua unit masing-masing. Selesai dengan persediaan maka aktivit ini bermula.
 Semua aktiviti ini bukan sahaja sebagai pelengkap kem ini, malah ia juga turut diambil markah oleh juri-juri yang terdiri daripada guru-guru sekolah. Dan keputusan akan diumukan selepas cuti sekolah ini. Oleh itu setiap unit berusaha sedaya-upaya untuk mengutip markah dimata juri yang menilai dengan menunjukkan nilai murni yang kebiasaanya kurang pada hari biasa seperti kerjasama, toleransi yang baik dan hormat-menghormati dikalangan semua yang ada.
 Setalah sampai masa yang ditetapkan untuk aktiviti yang diberikan awal tadi, maka sekarang unit diminta untuk menukar aktiviti seterusnya dimana unit yang memasak dikehendaki menukar kepada kawad dan juga kawad kepada memasak. Tetapi kerana masakan yang mengambil masa yang agak panjang maka kelonggaran telah diberikan kepada setiap unit tadi untuk meninggalkan 2 orang peserta sebagai penjaga di dapur mereka bagi menjamin api dan bahan yang dimasak tidak rosak atau hangus.
 Memasak pun sudah, kawad pun sudah kini tibalah masa untuk semua makan tengahari. Nasi ayam yang disediakan bersama air sirap cukup untuk menampung perut yang kekosongan akibat tekanan dan tenaga yang banyak digunakan semasa aktiviti berjalan. Selesai masa maka peserta diberikan masa untuk merehatkan diri sebelum ke surau sekolah bagi menunaikan solat zohor. Apabila selesai solat zohor peserta diberi sedikit lagi masa untuk mengemaskan diri sebelum berlangsungnya pula aktiviti petang iaitu ikatan anduh dan mebuat gadget.
 Seperti aktiviti pada awal pagi tadi, kalin setiap unit juga turut dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil separuh ke aktiviti ikatan anduh dan separuh lagi ke aktiviti gadget. Pada aktiviti ikatan anduh, peserta yang menyertainya dikehendaki membuat ikatan kecemasan di kepala, tangan dan kaki. Aktiviti ini amat berguna jikalau berlakunya kecemasan sewaktu berada didalam hutan. Manakala dibahagian gadget pula peserta dikehendaki membuat peralatan seperti rak meletak kasut dan rak meletak pinggan.
 Gadget dan Anduh berakhir dengan jayanya. Sekarang tibalah kepada aktiviti yang terakhir iaitu menghias "sandwich". Aktiviti ini menyaksikan pelbagai jenis ragam dan gelagat yang boleh dilihat. Setiap unit menghiasi dan mendekorasi sandwich mereka dengan cantik sekali, ada yang unik dan ada pula yang cantik bak bulan purnama.
Selasai aktiviti ini maka dengan ini tamatlah sudah perkhemahan pertama SMKKB pada tahun 2011. Sebelum pulang ada yang mengambil kesempatan bergambar dan sebagainya.
Sekian,
Mohamed Farhan B Mohamed Firdaus,
Setiausaha Pergerakan Pengakap,
Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas.