Friday, February 11, 2011

Kem Kepimpinan Di Puskep Mara, Lenggong, Perak. (Part 1)

Hari pertama (Rabu)- 9/2/2011, pagi itu sekitar pukul 8.00 kami bertolak dari sekolah dan tiba di MRSM Kepala Batas dalam 15 minit selepas itu. Setibanya di sana, kami berkumpul di tempat penonton acara padang (ala..yang macam dekat stadium tu... cuma kecik je). Berkumpulnya kami disana ialah untuk mendengar taklimat sebagai pembuka kata bagi perjalanan yang akan kami tempuhi disana.
 Sekitar pukul 8.40 kami semua dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menaiki bas. Sebanyak 17 buah sekolah dalam kelompok ke-6 telah menyertai kem ini. Kami (SMK Kepala Batas) telah dikumpulankan untuk menaiki bas Al-Irshad. Sewaktu berada didalam bas, kami telah berkenalan dengan beberapa orang pelajar dari sekolah lain tapi cuma sebagai pemanis permulaan perjalanan.
 Hampir dua jam berada didalam bas, kami berhenti di R&R Bukit Gantang. Kami turun, ada yang ke tandas, membeli makanan dan minuman. Hampir 30 minit kami berhenti berehat merenggangkan tubuh-tubuh badan yang lenguh, kami sekarang bersedia untuk bertolak bagi menyambung perjalanan kami ke Lenggon, Perak. Namun perjalanan kami tertunda lama kerana sebuah bas dalam rombongan kami iaitu SMS Kepala Batas (Smk Sains) telah mengalami masalah, dimana "driver" bas tersebut tertinggal kunci didalam bas dan pintunya terkunci. Hampir lama kami menuggu, akhirnya kunci bas itu dapat semula kepada pemandunya dan segera memulakan perjalanan.
 Setibanya tapak kem PUSKEP, kami semua diminta berkumpul di dewan terbuka tapak kem ini. Disana kami mendengar arahan dan segala peraturan semasa kami didalam kawasan ini. Kemudian kami bergerak untuk memilih dom dan memilih tempat tidur. Aku dan Aliff memilih dom yang ke 3 (L3), seterusnya kami kembali semula ke dewan terbuka bagi mendengar taklimat seterusnya. Selesai sudah segala taklimat permulaan, kami seterusnya bergerak ke dewan makan untuk minum petang dan seterusnya menunaikan solat secara jamaq dan qasar antara zohor dan asar.
 Kami bergerak kembali ke dewan terbuka untuk meneruskan aktiviti pertama kami iaitu ice breaking. Pada waktu itu, kami berkenalan dengan rakan-rakan yang baru dan semuanya "spotting". Disini juga kami memilih  ketua kem bagi lelaki dan perempuan dan selepas itu semua kami di benarkan pulang ke dom untuk berehat seketika. Ada yang mengambil peluan ini untuk melawat tempat-tempat disini dan aku serta aliff mengambil keputusan untuk mandi bagi menyegarkan tubuh badan yang sudah keletihan setelah hampir 4 jam duduk.

 selesai dengan semua itu, kami turun kembali ke dewan terbuka untuk slot ke 2 serta minum petang. Aktiviti kami berlanjutan hingga ke malam harinya dimana pada malamnya kami membuat ujian personaliti diri, setiap peserta diberikan sekeping borang untuk mengisi ciri-ciri yang ada pada dirinya dan akhir sekali dapat mereka melihat apa yang ada pada diri mereka termasuk aku. Selesai pula aktiviti ini, kami turun ke dewan makan untuk minum malam dan kemudian berkumpul untuk berbahagi tugas untuk menjadi "sentry" pada malam nanti. Dom aku (L3) akan memulakan rondaan pada pukul 12 hingga 1 pagi dan selepas sudah tugas kami, tibalah masa untuk kami melelapkan mata.

1 comment: